Garis masa Pandemik COVID-19 di Sabah

Mac 2020

 SabahDisahkanKematianPulihAktif
Daerah15810158
Beaufort66
Kinabatangan1111
Kota Belud55
Kota Kinabalu2222
Kunak55
Lahad Datu3333
Papar22
Putatan44
Ranau22
Sandakan1111
Semporna11
Sipitang44
Tawau40140
Tuaran1212
Diimport dari luar negeri
Setakat 22 Mac 2020 (2020-03-22)[update]

Pada 12 Mac 2020, Sabah melaporkan kes positif pertamanya melibatkan seoarang penduduk lelaki dari Daerah Tawau yang merupakan salah satu peserta dalam perhimpunan ijtimak tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur. Beliau mula memperlihatkan gejala selepas kembali dan selepas itu dipindah ke Hospital Tawau.[1] Kes positif kedua dilaporkan pada hari berikutnya di Daerah Papar Benoni yang juga berasal dari perhimpunan keagamaan tersebut di mana beliau dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.[2] Sejumlah 14 kes baru yang disahkan telah dirakam pada hari tersebut.[3] Pada 14 Mac, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan bahawa 11 kes baru lain telah disahkan di negeri tersebut yang membawa kepada jumlah 26 kes.[4] Kenaikan lanjut 82 kes positif telah dilaporkan yang membuatkan Sabah yang ketiga paling terjejas oleh virus tersebut selepas Selangor dan Kuala Lumpur.[5] Lebih awal sejak kes positif pertama dilaporkan, Jabatan Kesihatan Negeri telah memberi amaran akan terdapat lebih banyak kes positif akan dikesan.[6][7] Menjelang 18 Mac, jumlah kes positif telah meningkat hingga 103 kes.[8] Tujuh jangkitan lanjutan telah dirakam pada 20 Mac, meningkatkan jumlah terjangkit kepada 119 kes dengan kematian eprtama disebabkan oleh virus tersebut dilaporkan di Tawau melibatkan lelaki berumur 58 tahun yang merupakan salah satu peserta perhimpunan keagamaan tersebut.[9][10]

Rujukan

WikiPedia: Pandemik COVID-19 di Sabah http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19... http://sabahoutbreak.com/ http://www.dailyexpress.com.my/news/147905/sabah-e... http://www.dailyexpress.com.my/news/148672/sabah-s... http://www.dailyexpress.com.my/news/148674/exclusi... http://www.dailyexpress.com.my/news/148676/kaamata... http://www.dailyexpress.com.my/news/148679/possibl... http://www.dailyexpress.com.my/news/148680/14-new-... http://www.dailyexpress.com.my/news/148682/suspens... http://www.dailyexpress.com.my/news/148755/11-new-...